13 individu ditahan kes mayat dalam guni 

PETALING JAYA: Seramai 13 individu ditahan  bagi membantu siasatan kes penemuan mayat lelaki dipercayai dibunuh dalam guni plastik di Taman Bukit Serdang, di sini semalam.  Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kerani kewangan sebuah syarikat besi buruk.  Katanya, mangsa disyaki dibunuh dan dimasukkan ke dalam sekarung guni plastik berwarna putih sebelum ditemukan di tapak stor penyimpanan besi buruk. “Siasatan awal menunjukkan kejadian disyaki berpunca daripada masalah kewangan yang didakwa diambil mangsa daripada tempat dia bekerja. “Apabila majikannya atau suspek mengetahui kehilangan wang tersebut yang dikatakan berjumlah puluhan ribu ringgit, lalu membawa mangsa dan disimpan di tempat kejadian beberapa hari sehingga didapati dibunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.  Tambahnya, tangkapan melibatkan 10 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20-an hingga 58 tahun di sekitar Lembah K

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
13 individu ditahan kes mayat dalam guni 

PETALING JAYA: Seramai 13 individu ditahan  bagi membantu siasatan kes penemuan mayat lelaki dipercayai dibunuh dalam guni plastik di Taman Bukit Serdang, di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kerani kewangan sebuah syarikat besi buruk. 

Katanya, mangsa disyaki dibunuh dan dimasukkan ke dalam sekarung guni plastik berwarna putih sebelum ditemukan di tapak stor penyimpanan besi buruk.

“Siasatan awal menunjukkan kejadian disyaki berpunca daripada masalah kewangan yang didakwa diambil mangsa daripada tempat dia bekerja.

“Apabila majikannya atau suspek mengetahui kehilangan wang tersebut yang dikatakan berjumlah puluhan ribu ringgit, lalu membawa mangsa dan disimpan di tempat kejadian beberapa hari sehingga didapati dibunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, tangkapan melibatkan 10 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20-an hingga 58 tahun di sekitar Lembah Klang.

“Bagaimanapun, tiga iaitu ahli keluarga suspek dibebaskan hari ini setelah keterangan dirakam. Kesemua baki 10 suspek merupakan ahli keluarga  majikan dan rakan mangsa iaitu pekerja majikan,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- UTUSAN

The post 13 individu ditahan kes mayat dalam guni  appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow