ADUN Muda bukan lagi dalam blok pengimbang -Ketua Pengimbang Johor

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) kini bukan lagi berada dalam blok pengimbang Pakatan Harapan (PH) di negeri ini. Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang Johor, Andrew Chen Kah Eng selepas Muda memutuskan kerjasama dan keluar daripada gabungan politik itu dan tindakan mengeluarkan Muda daripada blok pengimbang di negeri ini adalah wajar setelah kedua-dua pihak tidak lagi sehaluan dalam beberapa perkara. “Disebabkan Muda memilih untuk meninggalkan Kerajaan Peraduan dan bersikap tidak mesra dengan Kerajaan Perpaduan, maka, secara automatiknya, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Muda di negeri ini bukan lagi berada dalam blok pengimbang. “Muda memilih untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan. Kami amat kecewa dengan sikap parti itu yang sentiasa mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Kerajaan Perpaduan sejak kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita. Di Johor, terdapat seorang ADUN daripada Muda iaitu Amira Aisya Abd. Aziz yang juga Timbalan Presiden parti tersebut d

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
ADUN Muda bukan lagi dalam blok pengimbang -Ketua Pengimbang Johor

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) kini bukan lagi berada dalam blok pengimbang Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang Johor, Andrew Chen Kah Eng selepas Muda memutuskan kerjasama dan keluar daripada gabungan politik itu dan tindakan mengeluarkan Muda daripada blok pengimbang di negeri ini adalah wajar setelah kedua-dua pihak tidak lagi sehaluan dalam beberapa perkara.

“Disebabkan Muda memilih untuk meninggalkan Kerajaan Peraduan dan bersikap tidak mesra dengan Kerajaan Perpaduan, maka, secara automatiknya, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Muda di negeri ini bukan lagi berada dalam blok pengimbang.

“Muda memilih untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan. Kami amat kecewa dengan sikap parti itu yang sentiasa mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Kerajaan Perpaduan sejak kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita.

Di Johor, terdapat seorang ADUN daripada Muda iaitu Amira Aisya Abd. Aziz yang juga Timbalan Presiden parti tersebut dan mewakili Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Semalam, Syed Saddiq memaklumkan Muda akan bertindak sebagai pembangkang kuasa ketiga, sekali gus menarik sokongan mereka terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Muar itu dilaporkan berkata, pemberitahuan mengenai perkara itu diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui surat yang disampaikan, semalam.

Sementara itu, Kah Eng turut memberitahu, tindakan Muda yang bertentangan dengan PH ditunjukkan beberapa kali sebelum ini termasuk meletakkan calon mereka dalam kerusi diwakili calon PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

“Tambah menyedihkan lagi, secara kasarnya, Presiden mereka melabelkan DAP sebagai ‘lapdog’ kepada pihak lain,” ujarnya yang merupakan ADUN Stulang.

Beliau turut menegur tindakan parti tersebut sebagai tidak mengenang budi khususnya mereka yang membantu selama ini. -UTUSAN

The post ADUN Muda bukan lagi dalam blok pengimbang -Ketua Pengimbang Johor appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow