Bapa tidak mampu bekerja risau masa depan 13 anak

JOHOR BAHRU: Suatu ketika dahulu Marzuki Mat Noh, 52, sanggup melakukan dua pekerjaan siang dan malam bagi menyara keluarga besarnya, iaitu untuk membesarkan 13 anaknya. Namun kini, bapa yang bersemangat kental itu tidak lagi mampu bekerja kerana disahkan menghidap penyakit radang hati, bengkak usus dan ketumbuhan dalam limpa pada Mac lalu. Marzuki berkata, tanggungjawab yang dipikulnya bukan mudah bagi menyediakan keperluan asas untuk isteri dan anak-anaknya sentiasa mencukupi, termasuk memastikan semua anaknya bersekolah dan tidak keciciran dalam pelajaran. Katanya, anaknya yang berusia antara lima hingga 28 tahun termasuk tujuh daripada mereka sudah bekerja, namun lima orang masih bersekolah serta anak bongsu belum didaftar ke prasekolah. “Anak keenam perempuan saya sudah pulang kepada Pencipta ketika masih bayi. Walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran, saya bersyukur apabila tujuh daripada anak sudah dewasa dan kini mereka membantu meringankan beban keluarga sekadar yang mampu

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
Bapa tidak mampu bekerja risau masa depan 13 anak

JOHOR BAHRU: Suatu ketika dahulu Marzuki Mat Noh, 52, sanggup melakukan dua pekerjaan siang dan malam bagi menyara keluarga besarnya, iaitu untuk membesarkan 13 anaknya.

Namun kini, bapa yang bersemangat kental itu tidak lagi mampu bekerja kerana disahkan menghidap penyakit radang hati, bengkak usus dan ketumbuhan dalam limpa pada Mac lalu.

Marzuki berkata, tanggungjawab yang dipikulnya bukan mudah bagi menyediakan keperluan asas untuk isteri dan anak-anaknya sentiasa mencukupi, termasuk memastikan semua anaknya bersekolah dan tidak keciciran dalam pelajaran.

Katanya, anaknya yang berusia antara lima hingga 28 tahun termasuk tujuh daripada mereka sudah bekerja, namun lima orang masih bersekolah serta anak bongsu belum didaftar ke prasekolah.

“Anak keenam perempuan saya sudah pulang kepada Pencipta ketika masih bayi. Walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran, saya bersyukur apabila tujuh daripada anak sudah dewasa dan kini mereka membantu meringankan beban keluarga sekadar yang mampu selepas saya diuji dengan masalah kesihatan,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Permas Jaya 1, di sini.

Marzuki berkata, dia mula mengalami simptom penyakit berkenaan sejak November tahun lalu, namun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan kerana sibuk dengan rutin harian.

“Pada awalnya saya hanya mengalami sakit kepala dan kemudian mula hilang selera makan. Sejak November tahun lalu, berat badan semakin merosot dan saya menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya yang kini mempunyai berat 50 kilogram (kg) berbanding 80kg sebelum ini.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, dia juga kehilangan sumber pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 apabila terpaksa berhenti kerja.

Marzuki berkata, dia bimbang memikirkan masa depan cahaya matanya yang masih bersekolah, iaitu Mohd. Irsyadduddin, 15, Mohd. Iqraam, 13, Noor Afiqah, 10, dan Mohd. Firash, 9, manakala anak bongsunya, Sumayyah, 5, belum didaftarkan di prasekolah.

Menurutnya, mereka sekeluarga bergantung dengan bantuan anak-anaknya yang sudah bekerja pada setiap bulan, selain bantuan sewa rumah bulanan sebanyak RM400 daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

“Memang tujuh anak saya berusia 22 hingga 28 tahun sudah bekerja, namun mereka hanya bekerja biasa iaitu sebagai pekerja kilang, pembantu kantin, pembantu pusat tahfiz, bekerja di restoran makanan segera, pembantu di pasar tani, pemandu e-hailing serta bekerja di stesen minyak. Tiga daripada mereka juga terpaksa menanggung kos sewa bilik di luar kerana rumah sewa kami ini hanya memiliki dua bilik tidur dan agak sempit terutama ruangan untuk tidur,” katanya .

Sementara itu, isterinya, Asiah Abu Naim, 48, berkata, keluarganya turut berdepan kesulitan bagi menjelaskan sewa rumah sebanyak RM700 sebulan dan bercadang memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi meringankan beban keluarganya.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima sumbangan barangan dapur bernilai RM1,000 disampaikan oleh Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam dan kunjungan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Baru Permas Jaya, Syed Sallilah Assad Syed Mashor serta Ketua Kampung Senibong, Abd. Rahim Moen.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada Marzuki menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0114841000026750. – UTUSAN

The post Bapa tidak mampu bekerja risau masa depan 13 anak appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow