Jangan kita lupa tarikh 31 Julai

SAUDARA PENGARANG, TARIKH 31 Julai setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat menentang komunis pada 1960. Sambutan Hari Pahlawan pada tahun ini bertemakan Terima Kasih Pahlawan Malaysia diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. Ia bagi meraikan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan beruniform lain yang sedang dan telah menabur jasa, khidmat serta bakti dalam melindungi kedaulatan dan menjaga keselamatan tanah air tercinta. Sambutan ini mengingatkan sejarah perjuangan para pahlawan tanah air seperti tentera, polis dan badan beruniform lain yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara daripada cengkaman penjajah. Begitu juga para ulama yang telah membangkitkan semangat perjuangan dan kepahlawanan dalam usaha menentang penjajahan. Perjuangan tersebut diiktiraf dalam Islam dalam konteks berjuang mempertahankan negara. Jasa setiap pahlawan negara harus sentiasa dikenang serta dihargai kerana perjuangan dan

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
Jangan kita lupa tarikh 31 Julai

SAUDARA PENGARANG,

TARIKH 31 Julai setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat menentang komunis pada 1960.

Sambutan Hari Pahlawan pada tahun ini bertemakan Terima Kasih Pahlawan Malaysia diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. Ia bagi meraikan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan beruniform lain yang sedang dan telah menabur jasa, khidmat serta bakti dalam melindungi kedaulatan dan menjaga keselamatan tanah air tercinta.

Sambutan ini mengingatkan sejarah perjuangan para pahlawan tanah air seperti tentera, polis dan badan beruniform lain yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara daripada cengkaman penjajah.

Begitu juga para ulama yang telah membangkitkan semangat perjuangan dan kepahlawanan dalam usaha menentang penjajahan. Perjuangan tersebut diiktiraf dalam Islam dalam konteks berjuang mempertahankan negara.

Jasa setiap pahlawan negara harus sentiasa dikenang serta dihargai kerana perjuangan dan pengorbanan mereka sama ada sebelum mahupun pascamerdeka telah mencipta ketamadunan di negara ini.

Sikap menghargai orang lain dan berterima kasih kepada manusia, iaitu pahlawan kita adalah antara ajaran terkandung dalam Islam.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Dalam pada itu, kita perlu bersedia memelihara dan mengekalkan kedaulatan negara tercinta. Perlu ditegaskan bahawa pahlawan negara telah mewariskan negara ini kepada generasi kini untuk dijaga dengan baik.

Generasi kini perlu bertanggungjawab untuk memelihara serta mempertahankan kedaulatan negara daripada diusik oleh mana-mana anasir luar yang berniat menghancurkan negara.

Langkah itu hanya dapat dilaksanakan jika kita tidak membiarkan diri dibuai dengan pelbagai bentuk hiburan sehingga menyebabkan kita leka dalam mempertahankan negara.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. AZRI BHARI
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Shah Alam, Selangor

The post Jangan kita lupa tarikh 31 Julai appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow