Kerja rumah hantu untuk timba pengalaman – Nabila Huda

MESKIPUN sudah bergelar pelakon lebih dua dekad, keterujaan Nabila Huda, 38, untuk meneroka perkara baharu tidak sedikitpun pudar. Nabila yang mesra disapa Abil sentiasa dahagakan cabaran, selain menginginkan pengalaman baharu untuk ditimba. Malah dia tidak sedikit pun berkira, rela menurunkan sedikit kedudukan demi merasai sendiri susah payah dan kesukaran apabila berada di bawah. “Saya pernah menawarkan diri untuk menjadi pelakon ekstra dan penari untuk teater Ola Bola. Ramai terkejut dengan keputusan itu termasuk Puan Sri Tiara Jaquelina sendiri. “Kalau sebelum itu saya selalu memegang peranan hadapan, tetapi kenapa tidak saya mengubah angin, timba pengalaman lain sebagai peranan ekstra dan penari? “Saya dahagakan pengalaman baharu, merasai sendiri cabaran dan kesukaran dilalui mereka yang berada di belakang,” katanya kepada Utusan Malaysia. Bukan itu sahaja, malah anak kepada rockers bertaraf legenda, Datuk Amy Search ini juga mendedahkan pernah menawarkan diri menjadi salah s

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
Kerja rumah hantu untuk timba pengalaman – Nabila Huda

MESKIPUN sudah bergelar pelakon lebih dua dekad, keterujaan Nabila Huda, 38, untuk meneroka perkara baharu tidak sedikitpun pudar.

Nabila yang mesra disapa Abil sentiasa dahagakan cabaran, selain menginginkan pengalaman baharu untuk ditimba. Malah dia tidak sedikit pun berkira, rela menurunkan sedikit kedudukan demi merasai sendiri susah payah dan kesukaran apabila berada di bawah.

“Saya pernah menawarkan diri untuk menjadi pelakon ekstra dan penari untuk teater Ola Bola. Ramai terkejut dengan keputusan itu termasuk Puan Sri Tiara Jaquelina sendiri.

“Kalau sebelum itu saya selalu memegang peranan hadapan, tetapi kenapa tidak saya mengubah angin, timba pengalaman lain sebagai peranan ekstra dan penari?

“Saya dahagakan pengalaman baharu, merasai sendiri cabaran dan kesukaran dilalui mereka yang berada di belakang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bukan itu sahaja, malah anak kepada rockers bertaraf legenda, Datuk Amy Search ini juga mendedahkan pernah menawarkan diri menjadi salah seorang pelakon dalam rumah hantu di sebuah taman tema terkenal di ibu kota.

Semua dilakukannya untuk pengalaman yang mungkin tidak dirasakan jika tidak mencuba.

“Saya hadir uji bakat, rela hati melibatkan diri tanpa sebarang bayaran.

“Ia adalah satu kepuasan melihat orang teruja apabila mengenali saya yang berlakon dalam rumah hantu tersebut.

“Pihak mereka ada menawarkan lagi peranan sama pada bulan Oktober depan. Saya tak akan lepaskan tawaran ini kerana bagi saya ia adalah pengalaman baharu yang menyeronokkan,” ujarnya.

PESANAN BUAT PELAKON BARU

Nabila sempat melayangkan satu dua nasihat buat pelakon baru. Katanya, biar jujur dan perbetul niat sebelum masuk industri seni agar kehadiran mereka bukan persinggahan sementara.

“Selain itu, jaga disiplin dan berikan komitmen. Masuk industri seni bukan sebab popular, jadi betulkan niat.

“Kita akan hancur kalau kejar populariti. Itu jugalah yang merosakkan industri seni kita,” kongsinya.

Pada masa yang sama, ibu seorang cahaya mata ini menyarankan pelakon baharu agar belajar lakonan dari bawah dan bukan terus bermegah-megah sekiranya mereka merasakan diri popular.

“Kena ada usaha untuk belajar, masuklah kelas lakonan kalau rasa diri belum pandai berlakon. Kita ada ramai tenaga pengajar yang berkebolehan.

“Pada masa yang sama, fahamilah tugas anda sebagai pelakon kerana ia adalah tanggungjawab yang cukup besar,” ujarnya.

The post Kerja rumah hantu untuk timba pengalaman – Nabila Huda appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow