Mbappe dilarang jejak kaki ke padang

PARIS: Nasib Kylian Mbappe semakin rumit di Paris Saint-Germain (PSG) apabila dia tidak dibenarkan turun ke padang sekiranya kekal di Parc des Princes musim depan. Mbappe sebelum ini memberitahu PSG dia tidak akan memperbaharui kontraknya yang tamat dalam masa setahun bagi membolehkannya secara percuma ke kelab pilihan. Itu mendorong PSG memberi kata dua, sama ada menandatangani lanjutan kontrak atau dijual pada musim panas ini. Sehingga kini, kapten Perancis itu belum menandatangani perjanjian baharu. Akibat perselisihan itu, PSG memberitahu Mbappe dia tidak akan bermain bola sepak walau seminit pun jika memutuskan untuk kekal bersama kelab itu musim depan. PSG telah meletakkan pemain itu di pasaran dan mene­rima tawaran besar AS$300 juta (RM1.3 bilion) dari Arab Saudi, tetapi Mbappe menolak perpindahan ke Asia Barat. Mbappe mempunyai bonus kesetiaan dalam perjanjian di PSG yang akan diaktifkan selepas melihat hubungannya dengan kelab. Sekiranya penyerang itu menyertai pasukan lain de

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
Mbappe dilarang  jejak kaki ke padang

PARIS: Nasib Kylian Mbappe semakin rumit di Paris Saint-Germain (PSG) apabila dia tidak dibenarkan turun ke padang sekiranya kekal di Parc des Princes musim depan.

Mbappe sebelum ini memberitahu PSG dia tidak akan memperbaharui kontraknya yang tamat dalam masa setahun bagi membolehkannya secara percuma ke kelab pilihan.

Itu mendorong PSG memberi kata dua, sama ada menandatangani lanjutan kontrak atau dijual pada musim panas ini. Sehingga kini, kapten Perancis itu belum menandatangani perjanjian baharu.

Akibat perselisihan itu, PSG memberitahu Mbappe dia tidak akan bermain bola sepak walau seminit pun jika memutuskan untuk kekal bersama kelab itu musim depan.

PSG telah meletakkan pemain itu di pasaran dan mene­rima tawaran besar AS$300 juta (RM1.3 bilion) dari Arab Saudi, tetapi Mbappe menolak perpindahan ke Asia Barat.

Mbappe mempunyai bonus kesetiaan dalam perjanjian di PSG yang akan diaktifkan selepas melihat hubungannya dengan kelab.

Sekiranya penyerang itu menyertai pasukan lain dengan perpindahan percuma, dia akan menerima bayaran yang tinggi.

Untuk musim depan, PSG membuat perubahan besar-besaran tanpa mengira sama ada Mbappe kekal atau tidak.

Jurulatih baharu, Luis Enrique telah memberitahu pemain seperti Neymar, Hugo Ekitike, Renato Sanches, Gini Wijnaldum, dan Juan Bernat boleh meninggalkan pasukan.

PSG berbelanja besar membeli Manuel Ugarte, Lucas Hernandez, Lee Kang-in dan menandatangani Marco Asensio secara percuma dari Real Madrid selain mengaktifkan klausa pembelian Xavi Simons. – AGENSI

The post Mbappe dilarang jejak kaki ke padang appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow