Menteri Kesihatan Poland dipecat

WARSAW: Menteri Kesihatan Poland, Adam Niedzielski dipecat selepas mendedahkan maklumat sensitif termasuk butiran preskripsi yang ditulis oleh seorang doktor. Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Mateusz Morawiecki. Tindakan Niedzielski dikatakan akan menimbulkan masalah kepada parti pemerintah, Parti Keadilan dan Perundangan (PiS) ketika melakukan persiapan untuk menghadapi pilihan raya yang dijadualkan pada 15 Oktober depan. Bagaimanapun, pemecatan Niedzielski yang juga merupakan bekas Ketua Dana Kesihatan Nasional Poland (NFZ) sudah dijangkakan sebelum ini. “Ini adalah masa kempen pilihan raya dan waktu ini sangat kritikal, jadi kita harus lebih peka terhadap sebarang kesilapan,” kata Morawiecki dalam sidang akhbar. Niedzielski mencetuskan kemarahan pengamal perubatan dan ahli partinya sendiri dengan mendedahkan data peribadi mengenai seorang doktor yang muncul dalam televisyen dengan membangkitkan isu mengeluarkan preskripsi ubat tahan sakit selepas perubahan dibuat oleh keme

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
Menteri Kesihatan Poland dipecat

WARSAW: Menteri Kesihatan Poland, Adam Niedzielski dipecat selepas mendedahkan maklumat sensitif termasuk butiran preskripsi yang ditulis oleh seorang doktor.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Mateusz Morawiecki.

Tindakan Niedzielski dikatakan akan menimbulkan masalah kepada parti pemerintah, Parti Keadilan dan Perundangan (PiS) ketika melakukan persiapan untuk menghadapi pilihan raya yang dijadualkan pada 15 Oktober depan.

Bagaimanapun, pemecatan Niedzielski yang juga merupakan bekas Ketua Dana Kesihatan Nasional Poland (NFZ) sudah dijangkakan sebelum ini.

“Ini adalah masa kempen pilihan raya dan waktu ini sangat kritikal, jadi kita harus lebih peka terhadap sebarang kesilapan,” kata Morawiecki dalam sidang akhbar.

Niedzielski mencetuskan kemarahan pengamal perubatan dan ahli partinya sendiri dengan mendedahkan data peribadi mengenai seorang doktor yang muncul dalam televisyen dengan membangkitkan isu mengeluarkan preskripsi ubat tahan sakit selepas perubahan dibuat oleh kementerian kesihatan.

Susulan kejadian itu, Dewan Perubatan Tertinggi Poland memaklumkan bahawa para doktor sudah hilang keyakinan terhadap Niedzielski.

Dewan Perubatan Tertinggi Poland juga memaklumkan kepada pendakwa raya bahawa Niedzielski mungkin melakukan kesalahan jenayah dengan mendedahkan data peribadi individu lain.

Dilaporkan, jawatan Niedzielski akan diambil alih oleh ahli Parlimen, Katarzyna Sojka yang juga merupakan seorang doktor.

Minggu lalu, penyiar swasta Poland menyiarkan rakaman penduduk di bandar Poznan yang tidak dapat menerima ubat tahan sakit disebabkan peraturan preskripsi baharu.

Seorang yang doktor mengulas keadaan itu memaklumkan dia tidak dapat memberikan ubat yang diperlukan.

Niedzielski kemudian bertindak menyiarkan data peribadi doktor itu di media sosial, dengan mendakwa bahawa beliau menetapkan ubat larangan itu atas namanya sendiri. – REUTERS/ AGENSI

The post Menteri Kesihatan Poland dipecat appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow