Perlis United tak mampu bayar gaji jika tidak dibantu

KANGAR: Perlis United FC (PUFC) yang mempunyai baki empat lagi perlawanan dalam Liga M3 merayu perhatian serta bantuan kerajaan negeri agar membantu mereka menyelesaikan isu tunggakan gaji. Sudahpun berdepan masalah tunggakan gaji bulan Ogos, ­pasukan itu mengakui, jika tidak dibantu mereka tidak ­pasti apakah mampu membayar gaji untuk bulan-bulan berikutnya. Penolong Pengurus Perlis United, Muhamad Khairulnizam Haris berkata, isu tersebut menjejaskan pemain untuk menyara keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup. “Sebanyak RM100,000 diperlukan bagi membayar tunggakan gaji yang sememangnya amat memberi kesan kepada pihak pengurusan dan pemain. “Ada pemain baru menerima kehadiran bayi dan mereka juga perlu membayar komitmen sewa rumah, kereta dan pelbagai lagi,” katanya. Terdahulu, Khairulnizam bersama pengurusan Perlis United turut menghantar me­morandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Muhammad Azmir Azizan berhubung isu tunggakan gaji tersebut selain berharap be

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
Perlis United tak mampu bayar gaji jika tidak dibantu

KANGAR: Perlis United FC (PUFC) yang mempunyai baki empat lagi perlawanan dalam Liga M3 merayu perhatian serta bantuan kerajaan negeri agar membantu mereka menyelesaikan isu tunggakan gaji.

Sudahpun berdepan masalah tunggakan gaji bulan Ogos, ­pasukan itu mengakui, jika tidak dibantu mereka tidak ­pasti apakah mampu membayar gaji untuk bulan-bulan berikutnya.

Penolong Pengurus Perlis United, Muhamad Khairulnizam Haris berkata, isu tersebut menjejaskan pemain untuk menyara keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.

“Sebanyak RM100,000 diperlukan bagi membayar tunggakan gaji yang sememangnya amat memberi kesan kepada pihak pengurusan dan pemain.

“Ada pemain baru menerima kehadiran bayi dan mereka juga perlu membayar komitmen sewa rumah, kereta dan pelbagai lagi,” katanya.

Terdahulu, Khairulnizam bersama pengurusan Perlis United turut menghantar me­morandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Muhammad Azmir Azizan berhubung isu tunggakan gaji tersebut selain berharap beberapa sokongan lain.

Mengulas lanjut, Khairulnizam berkata, kehadiran pemain dalam latihan juga semakin merosot berikutan permasalahan tersebut yang menjejaskan motivasi mereka.

Masalah gaji juga merencatkan prestasi pemain yang kini berada pada kedudukan ketujuh dari 13 pasukan.

“Perkembangan ini amat merugikan pasukan yang sedang berada di landasan terbaik dalam Liga M3 musim ini. Sekiranya Perlis United menarik diri, kita akan berdepan penggantungan selama tiga tahun,” katanya.

Selain tunggakan gaji, pasukan itu turut berdepan masalah venue perlawanan.

Katanya, terdapat dua venue perlawanan yang telah didaftar dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) iaitu padang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

“Bagi padang UiTM, kami sering berdepan masalah perlu menukar venue saat akhir walaupun telah membuat pembe­ritahuan awal, manakala bagi padang Unimap, sewanya agak mahal dan menyukarkan pasukan ini walaupun kami membawa nama Perlis,” katanya.

The post Perlis United tak mampu bayar gaji jika tidak dibantu appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow