Pinda laporan 1MDB: Najib, Arul Kanda kekal bebas

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy kekal bebas daripada tuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mengelakkan diri dikenakan tindakan undang-undang. Ia selepas Mahkamah Rayuan sebentar tadi membatalkan dua notis rayuan pendakwaan selepas gagal memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh yang ditetapkan. “Berdasarkan kronologi, terdapat tiga pengurusan kes (berhubung rayuan) dan perayu (pendakwaan) telah diingatkan agar memfailkan petisyen tetapi telah gagal untuk mematuhi perintah mahkamah. “Apabila petisyen gagal difailkan difailkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan tida permohonan untuk lanjutan masa, maka notis rayuan dianggap telah luput dan terbatal. “Oleh itu, kedua-dua notis rayuan dibatalkan. Kita ikut undang-undang ya,” kata Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan. ARUL KANDA KANDASAMYPada 3 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, M

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
Pinda laporan 1MDB: Najib, Arul Kanda kekal bebas

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy kekal bebas daripada tuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mengelakkan diri dikenakan tindakan undang-undang.

Ia selepas Mahkamah Rayuan sebentar tadi membatalkan dua notis rayuan pendakwaan selepas gagal memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Berdasarkan kronologi, terdapat tiga pengurusan kes (berhubung rayuan) dan perayu (pendakwaan) telah diingatkan agar memfailkan petisyen tetapi telah gagal untuk mematuhi perintah mahkamah.

“Apabila petisyen gagal difailkan difailkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan tida permohonan untuk lanjutan masa, maka notis rayuan dianggap telah luput dan terbatal.

“Oleh itu, kedua-dua notis rayuan dibatalkan. Kita ikut undang-undang ya,” kata Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.

ARUL KANDA KANDASAMY

Pada 3 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Mahkamah pada tarikh tersebut turut memutuskan bahawa Arul Kanda layak mendapat sijil indemniti yang menghalangnya daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Najib dan Arul Kanda didakwa buat kali pertama di Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Disember 2018. Pada 14 Mac 2019, kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini untuk dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Mengikut pertuduhan pindaan, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan sivil atau jenayah berkaitan peranannya di dalam perjalanan operasi syarikat 1MDB.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengarahkan Laporan Pengauditan 1MDB yang dimuktamadkan oleh Ketua Audit Negara dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan semula dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) yang mana Najib secara langsung mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb, 2016.

Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam meminda laporan berkenaan bagi melindungi bekas Presiden UMNO itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman sama, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

The post Pinda laporan 1MDB: Najib, Arul Kanda kekal bebas appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow