Projek mega dengan China: Ribuan penduduk Rempang bakal hilang rumah

REMPANG: Seorang wanita warga emas yang dikenali sebagai Halimah, berusia 80 tahun dilahirkan di Sembulang di Rempang, Riau. Sepanjang hidupnya, Halimah melakukan pelbagai aktiviti untuk menyara kehidupannya bersama keluarga dan hasratnya cuma satu, iaitu menghembuskan nafas terakhir di sini. “Saya mahu dikebumikan di tanah perkuburan setempat, kalau boleh bersebelahan dengan datuk saya dan semua ahli keluarga yang lain. “Ini rumah saya dan di sinilah saya mahu mati, saya sayangkan tempat ini lebih daripada semuanya,” katanya. Halimah merupakan seorang daripada 7,500 penduduk Rempang yang mungkin kehilangan tempat tinggal selepas kerajaan Indonesia merancang untuk membina kilang kaca dan bandar ‘Eco City’ yang dimiliki oleh China. Pihak berkuasa memberi masa kepada semua penduduk sehingga 28 September ini untuk berpindah dari rumah mereka ke rumah yang disediakan oleh kerajaan, terletak 60 kilometer dari tempat asal. Kilang kaca dan projek Eco City Rempang itu merupakan projek bersama

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
Projek mega dengan China: Ribuan penduduk Rempang bakal hilang rumah

REMPANG: Seorang wanita warga emas yang dikenali sebagai Halimah, berusia 80 tahun dilahirkan di Sembulang di Rempang, Riau.

Sepanjang hidupnya, Halimah melakukan pelbagai aktiviti untuk menyara kehidupannya bersama keluarga dan hasratnya cuma satu, iaitu menghembuskan nafas terakhir di sini.

“Saya mahu dikebumikan di tanah perkuburan setempat, kalau boleh bersebelahan dengan datuk saya dan semua ahli keluarga yang lain.

“Ini rumah saya dan di sinilah saya mahu mati, saya sayangkan tempat ini lebih daripada semuanya,” katanya.

Halimah merupakan seorang daripada 7,500 penduduk Rempang yang mungkin kehilangan tempat tinggal selepas kerajaan Indonesia merancang untuk membina kilang kaca dan bandar ‘Eco City’ yang dimiliki oleh China.

Pihak berkuasa memberi masa kepada semua penduduk sehingga 28 September ini untuk berpindah dari rumah mereka ke rumah yang disediakan oleh kerajaan, terletak 60 kilometer dari tempat asal.

Kilang kaca dan projek Eco City Rempang itu merupakan projek bersama antara Pihak Berkuasa Zon Bebas Batam Indonesia (BP Batam) dan syarikat tempatan, PT Makmur Elok Graha (MEG) dengan kerjasama Xinyi Glass dari China yang merupakan penghasil kaca terbesar dunia.

Xinyi melabur sebanyak AS$11.6 bilion (RM54.4 bilion) untuk kilang kaca dan solar tersebut, manakala Menteri Pelaburan Indonesia, Bahlil Lahadalia memaklumkan projek itu akan mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan dan keuntungan AS$26.6 bilion (RM125 bilion) menjelang 2080.

Namun, potensi itu tidak mendapat sambutan penduduk Rempang kerana mereka hanya akan kehilangan ‘seluruh hidup’ apabila projek itu dilaksanakan.

“Ketika saya kecil, tiada apa di sini, hanya hutan, tiada sekolah, tiada kereta, tiada telefon.

“Sekarang, kerajaan mahu kami keluar dari tempat ini, bagaimana dengan warga emas? Saya berasa sangat takut,” ujar Halimah.

Terdahulu, beberapa protes membantah projek itu turut berlaku sehingga memaksa polis menyembur gas pemedih mata dan air, selain puluhan ditahan.

The post Projek mega dengan China: Ribuan penduduk Rempang bakal hilang rumah appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow