Ragbi serba kekurangan tapi kuat semangat

KUALA LUMPUR: Pemain ragbi 7 sebelah (7s) kebangsaan, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi mengakui, pasukannya berdepan kekurangan latihan dan persediaan rapi bagi menghadapi Sukan Asia 2022. Katanya, pertukaran jurulatih menyebabkan mereka mengalami gangguan latihan dan masih dalam ‘mood’ menyesuaikan diri dengan strategi yang diterap­kan pengendali, Nik Safuan Ismade Nik Man yang mengambil alih tugas itu Julai lalu. Pemain berketinggian 174 sentimeter (cm) itu berkata, meskipun Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) meletakkan sasaran separuh akhir, namun dia mahu bersikap realistik dengan mempamer persembahan terbaik terutama dalam aksi pertama bertemu Filipina. “Pendapat peribadi saya, untuk ke pusingan itu (separuh akhir) agak sukar sikit kerana kami ke Sukan Asia kali ini dengan persediaan kurang rapi. Jadi kami hanya akan tampilkan persembahan terbaik. Jika menang, itu bonus sebab sasaran masih jauh iaitu Sukan Asia 2026. “Untuk KPI (indeks prestasi utama) kali ini kami cuba realisasikan. Ka

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
Ragbi serba kekurangan tapi kuat semangat

KUALA LUMPUR: Pemain ragbi 7 sebelah (7s) kebangsaan, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi mengakui, pasukannya berdepan kekurangan latihan dan persediaan rapi bagi menghadapi Sukan Asia 2022.

Katanya, pertukaran jurulatih menyebabkan mereka mengalami gangguan latihan dan masih dalam ‘mood’ menyesuaikan diri dengan strategi yang diterap­kan pengendali, Nik Safuan Ismade Nik Man yang mengambil alih tugas itu Julai lalu.

Pemain berketinggian 174 sentimeter (cm) itu berkata, meskipun Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) meletakkan sasaran separuh akhir, namun dia mahu bersikap realistik dengan mempamer persembahan terbaik terutama dalam aksi pertama bertemu Filipina.

“Pendapat peribadi saya, untuk ke pusingan itu (separuh akhir) agak sukar sikit kerana kami ke Sukan Asia kali ini dengan persediaan kurang rapi. Jadi kami hanya akan tampilkan persembahan terbaik. Jika menang, itu bonus sebab sasaran masih jauh iaitu Sukan Asia 2026.

“Untuk KPI (indeks prestasi utama) kali ini kami cuba realisasikan. Kalau tak berjaya, kami akan cuba lagi.

“Berdepan Filipina pula, kalau ikutkan rekod sebelum ini, ada yang kita menang dan ada juga kalah, jadi saya menjangkakan perlawanan bertemu mereka nanti kami ada peluang menang dan juga sebaliknya.

“Kami dah biasa berlawan dengan Filipina dan walaupun mereka gunakan pemain luar, tapi kami pun bekerja keras untuk bagi ‘fight’.

“Kalau kami tewas, peluang untuk menang agak jauh untuk bertemu Hong Kong dalam perlawanan seterusnya dalam peringkat kumpulan,” katanya di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil sebelum berlepas ke Hangzhou semalam. 

Dalam temasya kali ini, Malaysia diundi berada dalam Kumpulan A bersama Filipina dan Hong Kong.

Pada edisi 2018 di Jakarta/Palembang, Hong Kong menjuarai Sukan Asia selepas menewaskan Jepun 14-0. 

The post Ragbi serba kekurangan tapi kuat semangat appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow