Tiga wanita warga emas maut dalam kemalangan

SEGAMAT::Tiga wanita warga emas maut, manakala 11 lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 167, Jalan Johor Bahru-Seremban, di sini petang tadi. Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan 11 Zakaria Mohamed, kemalangan berlaku pukul 5.50 petang membabitkan tiga kenderaan, iaitu Perodua Alza, Honda Jazz dan Toyota Hilux. “Identiti semua mangsa setakat ini sedang dikenal pasti. Kesemua wanita yang maut berusia 89, 66 dan 62 tahun itu menaiki Perodua Alza dan beralamat di Simpang Renggam dan Benut. “Kesemua mangsa yang maut telah dikeluarkan oleh orang awam dan anggota BBP Bandar Baru, Segamat yang tiba  dahulu di lokasi kejadian,” katanya. Mayat mangsa yang maut dibawa k Hospital Segamat untuk bedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kemalangan. “Kita

A person who loves writing, loves novels, and loves life.Seeking objective truth, hoping for world peace, and wishing for a world without wars.
Tiga wanita warga emas maut dalam kemalangan

SEGAMAT::Tiga wanita warga emas maut, manakala 11 lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 167, Jalan Johor Bahru-Seremban, di sini petang tadi.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan 11 Zakaria Mohamed, kemalangan berlaku pukul 5.50 petang membabitkan tiga kenderaan, iaitu Perodua Alza, Honda Jazz dan Toyota Hilux.

“Identiti semua mangsa setakat ini sedang dikenal pasti. Kesemua wanita yang maut berusia 89, 66 dan 62 tahun itu menaiki Perodua Alza dan beralamat di Simpang Renggam dan Benut.

“Kesemua mangsa yang maut telah dikeluarkan oleh orang awam dan anggota BBP Bandar Baru, Segamat yang tiba  dahulu di lokasi kejadian,” katanya.

Mayat mangsa yang maut dibawa k Hospital Segamat untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kemalangan.

“Kita sedang kenal pasti identiti semua mangsa dan punca kemalangan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

The post Tiga wanita warga emas maut dalam kemalangan appeared first on Utusan Malaysia.

What's Your Reaction?

like

dislike

love

funny

angry

sad

wow